Assalamualaikum semua
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Meyambut Bulan Ramadan. Tahun ini istimewa, kerana kita meyambut dalam suasana #PKP dan #stayathome.
Suka saya berkongsi 10 tips yang boleh kita amalkan atau kita ‘target’ untuk lakukan dalam bulan Ramadan ini dengan anda semua.
1. Khatam Al-Quran (sekurang-kurangnya sekali)
Dalam bulan ini, Al-Quran dturunkan dan malam itu adalah malam Lailatul Qadr. Kita digalakkan membaca Al-Quran sebanyak mungkin dan dalam masa yang sama bertadabur serta mengambil hikmah pengajian daripadanya. Antara tips untuk khatam Al-Quran yang boleh kita cuba seperti dalam gambar di bawah.
Bagi yang tidak lancar membaca Al-Quran, tidak perlu gusar kerana Nabi Muhammad SAW bersabda ‘Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat (Al-Safarah Al-Kiram Al-Bararah). Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala’.
(Hadith Riwayat Muslim)
Perlu diingat bahawa pahala disini adalah bagi setiap huruf Al-Quran yang dibaca!
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan akan digandakan 10 kebaikan dan aku tidak mengatakanالمsatu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”
(Hadith Riwayat Tirmidhi)
2. Muhasabah Diri
Kita wajar mengambil masa dalam bulan suci ini untuk refleksi diri, membaiki segala kekurangan kita serta berazam untuk menjadi lebih baik.
Ambil masa untuk membaiki amalan kita, belajar dan tambah ilmu sedia ada agar amalan kita lebih hampir dengan amalan Rasulullah serta para sahabat.
3. Jangan Tinggalkan Sahur
Dalam sahur ada keberkatan, jadi jangan kita tinggalkan sahur. Ambil kesempatan bangun sahur bukan sekadar untuk melapik perut, malah untuk kita mendirikan solat tahajud, solat taubat dan lainnya.
Musim PKP ini, kita dianugerahkan masa yang banyak maka gunalah waktu yang ada sebaiknya dan manfaatkan setiap peluang yang ada.
4. Bersedekah Sebanyak Mungkin
Bersedekah ketika Bulan Ramadan besar pahalanya berbanding bulan lain. Ramai orang memerlukan bantuan kita terutama ketika musim PKP ini.
Mulakan dengan keluarga terdekat, jiran tetangga dan mereka yang amat memerlukan. Sedekah bukan sekadar wang ringgit malah makanan, pakaian, keperluan harian dan bermacam-macam lagi. Usaha-usaha NGO serta individu seperti Ustaz Ebit Lew perlu dijadikan contoh. Malah jika kita tidak tahu pada siapa untuk memberi, kita boleh salurkan kepada mereka.
5. Solat Tarawikh bersama Keluarga
Ramadan kali ini amat istimewa kerana ketua-ketua keluarga akan ‘naik pangkat’ mejadi imam rasmi di rumah masing-masing.
Sama ada kita memilih untuk membaca surah lazim atau panjang terpulang kepada kita, tetapi sebaiknya dirikan solat secara berjemaah bersama keluarga. Malah dirikanlah solat secara berjemaah bersama keluarga pada setiap waktu.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”
(Hadith Riwayat Muslim)
6. Zikir Pagi dan Petang
30 minit sebelum berbuka, ambil peluang untuk berzikir, bertasbih, bertahmid dan lebih baik jika mengamalkan Azkar yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW khusus untuk waktu petang.
Rujukan terbaik terdapat dalam Hisnul Muslimin (perisai bagi orang muslimin). Ianya lengkap dan mencangkupi setiap aspek kehidupan kita serta Doa-doa yang bermanfaat untuk kegunaan dunia dan akhirat. Kita juga boleh memuat turun aplikasi berkenaan dari Google Play Store atau App Store. Seperti link di bawah.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rahmadid.apadoanya
7. Doa Sebanyak Mungkin
Dalam rajah dibawah ditunjukkan waktu-waktu yang mustajab doa bagi bulan Ramadan ini.
Boleh dikatakan hampir setiap waktu adalah mustajab doa pada bulan Ramadan ini maka manfaatkanlah dengan sebaiknya. Doalah apa yang kita hajati dalam masa yang sama jangan tinggkalkan doa-doa yang diajar dalam Al-Quran serta Sunnah Nabi.
8. Berbuka dengan Tamar
Pastikan kita mula berbuka dengan tamar dalam masa yang sama kita didik anak-anak untuk berbuka dengan tamar sebelum minum air atau makan juadah berbuka yang lain
9. Minum Air Kosong Secukupnya
Kesihatan adalah kurniaan Allah yang amat berharga dan salah satu cara untuk mengekalkannya adalah dengan meminum air secukupnya. Ini bagi memastikan fungsi tubuh berjalan dalam keadaan yang optimum.
Perlu diingatkan bahawa air yang perlu diminum adalah air kosong dan bukan air yang bergula atau bergas. Air bergula dan bergas boleh kita minum tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja sekadar melepaskan keinginan kita.
Tukarlah dari penggunaan gula ke Stevia. Tetap manis tetapi tiada kalori. Boleh membuat pembelian di sini https://shopee.com.my/RCC-Stevia-Sweetener-i.251953526.3529693841
10. Turunkan Berat Badan
Setiap kali puasa, ini merupakan impian setiap orang dari kita. Bagi mereka yang mahu menguruskan badan, yang paling penting ialah memastikan pengambilan gula pada peringkat yang minima. Boleh baca artikel saya berkenaannya di sini https://ilhamcp.wixsite.com/ilham/post/i-am-a-sugar-addict-well-an-ex-sugar-addict
Salah satu caranya seperti dinyatakan di atas adalah dengan menggantikan gula dengan stevia yang bukan sahaja manis malah ‘zero calorie’. Boleh membuat pembelian di sini https://shopee.com.my/RCC-Stevia-Sweetener-i.251953526.3529693841
Terima kasih kerana sudi membaca cicipan saya pada kali ini. Saya harap ianya dapat membantu anda semua. Saya doakan agar Ramadan kali in dapat disempurnakan sebaik mungkin dan agar kita dapat beraya di kampung!
Comentarios