top of page
Search
  • Writer's picturePanglima Eelz

I am a sugar addict, well an ex sugar addict..

Updated: Apr 16, 2020




Sejak dari kecil, seingat saya memang gemar makanan manis. Dari air bergas, coklat, kek, ais krim, manisan apa saja.


Tetapi yang paling saya ketagih ialah air soda berkarbonat. Berbotol-botol sekali beli. Kepuasan ialah mendengar bunyi gas bila buka penutup botol pertama kali.


Makanan berlemak saya tak berapa gemar, makanan laut, organ dalaman seperti hati, paru, limpa dan sebagainya saya tak makan.


Dalam kepala saya mengambil minuman manis ini 'kurang berdosa' berbanding makan makanan tinggi kolesterol.





Betapa besarnya kesalahan saya. Sehinggalah 2 tahun lepas, apabila berat badan saya mencecah 130kg, lutut sakit, nak solat tak boleh duduk lama, baju dan seluar banyak dah tak muat baru saya berazam untuk berubah.


Saya bermula dengan tidak makan malam, lepas seminggu timbang....

YES YES YES, oh tidak.... tak turun pun.

Saya mula start Jogging dan bersenam tapi selepas seminggu masih tak Nampak kesan.


Kemudian saya mula ‘research’ dan cari video di YouTube tentang diet dan sebagainya. Akhirnya saya menerima hakikat bahawa saya adalah seorang ‘sugar addict’ dan sebanyak mana pun saya cuba nak diet, kalau masih minum Coca Cola dan makan kek memang tak akan turunlah berat badan, malah kemungkinan semakin naik.





Jadi di sini saya nak kongsi Tiga langkah yang saya ambil untuk menurunkan berat badan saya. Secara amnya untuk menguruskan badan kita perlu kepada ‘Calorie Deficit’.

Bermakna kalori yang masuk kenan kurang daripada keperluan harian kalori kita.

Contohnya jika seorang lelaki dewasa memerlukan kalori sebanyak 2500 sehari maka kita perlu makan kurang dari itu, mungkin dalam 1800 kalori sehari sahaja.


Kenapa perlu mengelakkan pengambilan gula?


Secara asasnya 100 gm gula bersamaan 383 kalori. Satu Tin minuman Coca Cola bersamaan 140 kalori bersamaan 6% kalori yang diperlukan sehari. Kalu minum 2-3 tin sehari?

100gm Cheese Cake bersamaan dengan 321 kalori bersamaan 13% kalori yang diperlukan sehari. Info tentang kalori ini semua anda boleh google sendiri.


Apa yang saya nak terangkan di sini ialah kalori dari pengambilan makanan dan minuman manis inilah yang menyumbangkan kalori lebihan yang bukan sahaja tidak sihat malahan membantutkan perjalanan kita untuk menurunkan berat badan.


Jadi Langkah pertama ialah...


Buang gula dari diet anda. Sukar kan? Apa boleh saya bantu sekarang ialah untuk tukar penggunaan gula kepada stevia. Kenapa stevia?

Sebab stevia 200-300 kali lebih manis dari Gula, tetapi kalori hampir-hampir ZERO, Kosong ,Sifar...


Bermakna anda boleh terus ambil benda manis, tanpa perlu risau tentang kalori. Jadi tunggu apa lagi?


‐--‐-------‐----------------------------------------------


Berminat nak tukar/substitute gula pm di






Gemar Energy Drink? Nak tukar pada sugarless Energy Drink pm di





19 views0 comments

Recent Posts

See All

Hibah

Hibah maksudnya pemberian. Dalam Islam, hibah ialah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan

Post: Blog2_Post
bottom of page