top of page
Search
  • Writer's picturePanglima Eelz

Hibah



Hibah maksudnya pemberian. Dalam Islam, hibah ialah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak.


Ia berkait rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.


Tapi hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain.


Keistimewaan Pemberian Hibah


1.Tidak dihadkan kepada sekumpulan orang tertentu.


Contohnya nak beri hibah rumah kepada isteri sahaja. Jadi ia akan jadi milik isteri sepenuhnya.


Faraid pula hanya kepada ahli waris-waris tertentu.


Wasiat pula waris dikecualikan sebagai penerima wasiat melainkan waris lain setuju.


2. Tidak terhad kepada jumlah tertentu.


Boleh hibahkan berapa pun jumlah harta kita dan tidak terhad kepada jumlah tertentu.


Wasiat pula tidak boleh melebihi sepertiga daripada harta pusaka bersih. Dan faraid pula mengikut kadar-kadar tertentu.


3. Boleh tentukan sendiri kepada siapa harta dan jumlah yang hendak diagihkan.


Boleh agihkan ikut keperluan waris-warisnya.


Keperluan isteri berbeza dengan keperluan anak-anak. Jadi boleh agihkan lebih kepada isteri kerana isteri yang tanggung anak-anak.


Kesimpulannya, konsep hibah bukan pengganti tapi sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam.

2 views0 comments

Recent Posts

See All
Post: Blog2_Post
bottom of page