Assalamualaikum Brader-brader Imam dan Saudari-saudari yang di rahmati Allah sekelian,
Dalam kita menumpukan masa untuk beribadah, ayuh kita usaha agar dapat mendirikan Solat Sunat Rawatib (muakadah yakni yang sangat dituntut) terutama pada Bulan Ramadan yang mulia ini.
Junjungan besar kita bersabda :
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.
Sahih Muslim (728)
12 rakaat yang dimaksudkan ini ada diterangkan dalam Hadith Ummu Habibah R.’Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.
Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
Sunan Tirmidzi (380)
Sunan Ibn Majah (1196)
Dan suka juga saya berpesan agar kita mengambil masa sekitar 20-30 minit sebelum waktu berbuka untuk membaca Azkar petang serta berdoa sebanyak-banyaknya kerana ianya waktu mustajab doa.
Doakan saya ya. Assalamualaikum.
Wallahualam.
Comments