Memang bermacam jenis diet ada pada hari ini antaranya ialah Keto, Atkins,Gluten-free, Interminent Fasting dan bermacam-macam lagi. Jangan risau kerana apa pun jenisnya, secara teori untuk menurunkan berat badan kita perlu wujudkan defisit kalori. Tidak boleh lari dari teori itu.
Bagaimana nak dapatkan defisit kalori?
Samada kita kurangkan makan, kurangkan saiz portion, pilih makanan yang rendah kalori, jangan ambil snek…
Rasanya boleh dapat bayangan secara am bagaimana nak capai deficit kalori kan?
Perlu kita faham, bahawa semua kalori tidak sama. 200kcal dari Brokoli tak sama dengan 200kcal dari daging. Contohnya, apabila kita mengambil makanan tinggi serat seperti kekacang dan sayur hanya ¾ kalori daripadanya yang kita serap. Bermakna jika makan makanan berserat kita kenyang lebih lama dan kalori yang diserap amat kurang berbanding makanan lain seperti daging dan mee goreng misalnya.
Dalam posting saya sebelum ini, anda boleh baca disini saya tekan betapa gula memainkan peranan besar dalam menentukan diet kita berjaya atau tidak. Sebelum memilih diet yang sesuai untuk anda, anda perlu berjumpa Doktor dan mengambil kira ‘life style’ anda.
Dalam posting akan datang saya akan bercerita tentang pengalaman saya di mana saya memilih mengira kalori dan mengamalkan interminent fasting. Saya akan beri kaedah mudah mengira kalori serta beberapa tips lain yang berkaitan.
Sehingga berjumpa lagi
‐--‐-------‐------------------------------------------------------------
Berminat nak tukar/substitute gula ke stevia sila pm di
Gemar Energy Drink? Nak tukar pada sugarless Energy Drink pm di
Stay at home, Guys.
IM
Yorumlar